Azimphoto

.

jururawat adalah tulang belakang di dalam memberi penjagaan

Bersama dengan Pegawai Sains (bertudung merah) dan anggota Klinikal LPPKN Negeri Sembilan sempana sambutan Hari Jururawat 2013 di Port Dickson.

Sambutan Hari Jururawat bagi mengingati kita betapa jururawat adalah tulang belakang di dalam memberi penjagaan kesihatan diri sendiri dan keluarga. Foto ini sangat bererti kepada saya kerana saya membesar dengan tugas tugas memberi perhatian kepada permasalaah masyarakat semenjak mula saya berkerja dengan jabatan kerajaan

Komitmen Dan Displin


Komitmen boleh diertikan apabila seseorang itu bekerja dengan kesungguhan dan penuh keyakinan.  Seseorang yang komited itu selalunya seorang yang proaktif, iaitu mempunyai kebolehan menjangka dan mengambil langkah awalan sebelum sesuatu yang tidak baik berlaku.  Pengertian proaktif telah dihuraikan dengan jelas dalam nilai Perkhidmatan Penyayang.  Apa yang dimaksudkan dengan kesungguhan adalah ketekunan dan dedikasi dalam menjalankan tugas.  Manakala keyakinan pula adalah beliau tidak perlu diselia atau memohon bantuan dalam melaksanakan tugas.

Jikalau anda membuat analisa di tempat kerja, terdapat banyak anggota yang tidak komited dengan kerjanya, termasuk diri anda. Kenapa ini boleh berlaku?
(i)          Kemungkinan sudah tidak ada motivasi lagi. Kerja dianggap perkara ‘routine’ yang perlu dilakukan untuk mendapat gaji setiap bulan. Kemungkinan ada perkara lain di dalam hidupnya yang perlu diperolehi, yang kini menjadi motivasi utamanya.

(ii)           Kadangkala suasana di tempat kerja yang tidak menyenangkan, seperti takut dengan boss atau suka bergaduh dengan staf lain.
(iii     Kekurangan sumber yang sekian lama anda pohon tidak diluluskan. Tiada peralatan yang mencukupi dan tenaga kerja yang kurang.
(iv)       Bebanan kerja yang terlalu banyak
(v)        Kebanyakan staf bekerja kerana untuk mendapat imbuhan tambahan. Bila tiada imbuhan, maka mereka kurang rajin.


Sehubungan itu, berikut adalah perkara penting untuk memupuk komitmen di tempat kerja:

(i)          Komunikasi berkesan
(ii)         Empower staf
(iii)        Perkembangan anggota
(iv)       Pengiktirafan
(v)        Persekitaran yang kondusif.

Perkara pokok dalam memupuk komitmen di kalangan anggota adalah komunikasi.  Seorang ketua perlu berinteraksi dengan anggota untuk memberitahu wawasan dan objektif jabatan.  Di samping itu interaksi sebegini juga akan membolehkan beliau untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pekerja di dalam menjalankan tugas.  Melalui cara ini, seorang ketua boleh memastikan bahawa tugas-tugas yang dijalankan adalah sehaluan dengan objektif jabatan. Staff yang bermasalah boleh dihantar berkursus atau menghadiri sessi kaunselling. Perbincangan perlu diadakan untuk mengetahui masalah yang dihadapi dan juga perkara yang boleh meningkatkan motivasi mereka, termasuklah ‘career development’ dan ‘promotion’.

Apabila setiap anggota tahu bahawa tugas mereka adalah untuk mencapai objektif jabatan, ketua harus melibatkan diri mereka bukan saja dari segi pelaksanaan tetapi juga perancangan. Segala pendapat dan cadangan mereka mestilah diambilkira dalam merangka strategi pelaksanaan sesuatu aktiviti.  Di samping ini juga ketua perlu memberi penugasan sepenuhnya (empower) kepada anggota yang difikirkan berkemampuan. Bagi mereka yang telah mencapai lebih daripada yang dikehendaki, pengiktirafan perlu diberi.

Akhir sekali, pastikan persekitaran tempat kerja adalah kondusif.  Selain daripada menyediakan peralatan kerja, anda perlu memastikan bahawa suasana kerja selesa dan bebas daripada gangguan.  Keselamatan dan kesihatan pekerja juga perlu diberi keutamaan. Anggota perlu merasakan bahawa tempat kerja itu ‘syurga dunia’.

Disiplin

Berdisiplin bermakna mematuhi peraturan, etika dan sistem nilai yang ditetapkan.  Apabila anggota perkhidmatan mendisiplinkan diri, perjalanan jentera kerajaan akan berjalan lancar.  Tujuan  berdisiplin adalah untuk mengawal kelakuan anggota  supaya sempurna dan bersesuaian dengan kedudukan penting mereka di dalam masyarakat.  Imej sesuatu perkhidmatan terletak pada tahap disiplin yang dipamerkan oleh anggotanya. Perkara ini telah dibincangkan dalam nilai perkhidmatan penyayang

 Peraturan Tatatertib adalah peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kumpulan atau organisasi bagi mewujudkan suasana aman, tenteram dan menjamin keharmonian ahli-ahlinya.  Peraturan ini diwujudkan bagi mengawal tingkahlaku atau disiplin anggota awam dengan harapan ia dapat menghasilkan pegawai yang cekap, jujur dan berkesan.

Apa yang penting dalam disiplin diri adalah anda dapat menjalankan tugas mengikut peraturan jabatan yang telah ditetapkan. Anda perlu bertanya pada diri anda beberapa soalan iaitu:
(i)          Di dalam tempoh waktu bekerja, berapa jam sebenarnya anda bekerja?
(ii)         Di dalam menjalankan tugas harian, apakah perkara yang telah dilakukan sehingga terjadinya pembaziran?
(iii)        Di sepanjang perkhidmatan anda, ada atau tidak anda menggunakan hak jabatan untuk kepentingan diri.
Apabila kita mengetahui selok-belok peraturan, kita akan dapat mengelakkan rasa takut untuk menjalankan tugas kerana kita tahu batas-batas bidang kuasa kita. Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam melaksanakan tugas.


Cara yang terbaik

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ‘cara terbaik’ adalah ciri penting bagi profesionalisme. Seseorang itu boleh dianggap sebagai telah menjalankan tugas dengan ‘cara terbaik’ apabila ia melakukan kerja dengan pantas tanpa menjejaskan kualiti kerja. Untuk membolehkan seseorang itu mencapai tahap bekerja dengan ‘cara terbaik’, ia mestilah mempunyai sikap inginkan peningkatan diri, ingin berada pada tahap yang terbaik dan sentiasa berusaha ke arah peningkatan yang berterusan.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membolehkan anda melakukan pekerjaan dengan ‘cara terbaik’. Antaranya adalah dengan mengamalkan konsep ‘cost effective’. Penggunaan konsep sebegini memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut. Sehubungan itu, kecekapan atau kepakaran memainkan peranan penting dalam profesionalisme.

Seorang yang profesional mestilah membuat sesuatu pekerjaan dengan cara yang terbaik bagi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Dia harus menggunakan sumber-sumber yang ada iaitu wang, masa dan tenaga manusia dengan cara yang efektif. Sumber-sumber tidak seharusnya dibazirkan.  Ini akan hanya terlaksana, jika dia mempunyai pengetahuan dan kemahiran.  Oleh yang demikian, seorang yang profesional perlu sentiasa menambah dan mengemaskinikan pengetahuan dan kemahirannya.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau memilih sesuatu projek, seseorang yang mengamalkan prinsip profesionalisme akan memilih cara yang terbaik. Ini dapat dilakukan dengan bertanyakan beberapa soalan:
(i)          Ada tak option lain yang belum saya fikirkan?
(ii)         Di antara option ini, yang manakah yang boleh menjana hasil yang banyak?
(iii)        Bagi setiap option, berapakah peruntukkan kewangan dan sumber manusia yang diperlukan?
(iv)       Option mana yang paling banyak penjimatan?
(v)        Option mana yang anda merasa selesa untuk melaksanakannya dan yakin untuk menyempurnakannya kerana sudah ada kemahiran?
(vi)       Di antara option ini, yang manakah yang boleh mendapat pertolongan atau kerjasama dari agensi lain?
(vii)      Bagi setiap option, berapa tempoh masa yang perlu bagi menyiapkannya?


Apabila anda telah menjawab soalan di atas, anda bolehlah memilih option yang terbaik.

Menteri Pertahanan Malaysia melawat....


Kini di tahun 2014.........

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) merupakan sebuah pertubuhan haram kerana penubuhannya tidak dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu undang-undang.
Menteri Dalam Negeri (dahulunya Menteri Pertahanan Malaysia), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PPS juga tidak termasuk dalam akta yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebagaimana Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang terletak di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 atau Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di bawah Akta Kesukarelawan 2012.
Dalam konteks itu, kata beliau, maka PPS bukan sebuah pertubuhan keselamatan memandangkan kuasa pertahanan keselamatan adalah hak Kerajaan Persekutuan.
"Kuasa Kerajaan Persekutuan adalah dalam soal keselamatan dan pertahanan, itu bukan kuasa kerajaan negeri tetapi PPS mahu bertindak sebagai sebuah badan atau pasukan keselamatan, saya ada bukti.
"Polis mengambil tindakan ke atas PPS kerana ada beberapa laporan polis dibuat contohnya rekod kesalahan lampau daripada 158 anggota yang ditahan, ada 11 laporan polis antaranya dipukul oleh anggota PPS, adakah PPS dibenarkan untuk memukul orang, menampar orang, menyembur dengan semburan pemedih mata, dan saya lihat banyak lagi laporan dibuat, itulah sebabnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) isytihar bahawa pertubuhan itu tidak berdaftar ertinya PPS adalah pertubuhan haram," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini.
Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) yang ingin tahu mengapa PPS diiktiraf sebagai pertubuhan haram.
Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Sehari selepas itu, polis menahan Ahli DUN Seri Delima RSN Rayer manakala timbalan pasukan itu yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik.
Ahmad Zahid berkata, terdapat 296 kumpulan PPS di seluruh Pulau Pinang yang beroperasi di bawah 40 kawasan.
Jelas beliau, selepas lima tahun penubuhannya, keanggotaannya berjumlah 9,002 orang terdiri daripada 2,970 Melayu, 5,123 (Cina) dan 473 India dengan memperoleh sumber kewangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 setiap tahun di setiap kawasan DUN.
Menjawab soalan tambahan Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) berhubung kewajaran penubuhan PPS biarpun kadar jenayah mencatatkan penurunan di Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata, situasi baik itu bukan disebabkan kewujudan PPS tetapi kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bantuan orang ramai.
Kata beliau, biarpun kerajaan menggalakkan usaha pelbagai pihak membantu menangani jenayah, tetapi segala peraturan dan undang-undang mesti dipatuhi dan bukannya mengikut apa yang dirasakan logik.
"Biarpun aktiviti PPS nampak baik dan digalakkan, namun dari 9,002 nama anggota yang sedang ditapispihak polis, kita akan lihat berapa ramai dalam kalangan mereka yang terlibat dengan kes jenayah termasuk dalam beberapa laporan yang diperoleh yang kita nyatakan termasuk menumbuk, menendang dan menampar orang.
"Ini bukan tugas pasukan yang kononnnya mahu membantu polis, sebenarnya mereka mahu mengambil alih kuasa polis dan pihak keselamatan, maka dalam soal inilah Kerajaan Persekutuan bertegas," katanya.
Menjawab soalan Mohamad Imran Abd. Hamid (PKR-Lumut) berhubung soal keselamatan negeri di bawah Ketua Menteri atau Menteri Besar, Ahmad Zahid berkata, bidang tersebut adalah terletak di bawah kuasa Ketua Polis Negeri, Panglima Divisyen atau Panglima Briged dan bukannya hak seorang ketua negeri.
"Jadi jika ada mana-mana pihak kerajaan negeri mahu ambil alih kuasa yang dipunyai Kerajaan Persekutuan, maka ia di luar undang-undang," katanya.
Dalam pada itu, menjawab soalan asal Wei Aik berhubung bilangan anggota Rela di Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata, anggota jabatan itu adalah berjumlah 229,766 orang setakat September lalu manakala pasukan SRS pula ialah sebanyak 227 pasukan dengan keanggotaan 9,080.

Bila Orang Kenamaan melawat


YB Menteri Besar Negeri Sembilan (YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ) melawat bangunan Kompleks Keluarga LPPKN di Seremban 2.

following is the list of Menteris Besar of Negeri Sembilan since 1948:
#
Menteri Besar
Took office
Left office
Party
1
Abdul Malek Yusuf (1st term)
1 February 1948
11 August 1950
No party
2
11 August 1950
1 January 1951
No party
3
Abdul Malek Yusuf (2nd term)
1 January 1951
15 April 1952
No party
4
15 April 1952
1 October 1952
No party
5
Abdul Malek Yusuf (3rd term)
1 October 1952
1 October 1953
No party
6
1 October 1953
31 January 1959
No party
7
1 April 1959
23 June 1959
No party
8
23 June 1959
10 May 1969
No party
9
10 May 1969
12 July 1978
10
12 July 1978
29 April 1982
11
29 April 1982
25 March 2004
12
25 March 2004
present


Sumber: Wikipedia

Taklimat ringkas keada Pengarah Pusat Bank Data ICU,IPM


Memberi taklimat kepada Pengarah Pusat Bank Data Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya mengenai program program dan perkhidmatan  yang dijalankan.



Mari kita mengenali apa itu ICU sepintas lalu…..


Motif / elemen dalam reka bentuk logo ini dihasilkan daripada motif / elemen muka taip (typeface / huruf) dengan pengolahan secara kreatif. Konsep pengolahan reka bentuk ini berdasarkan kepada Visi, Misi dan Aktiviti Utama ICU JPM.

Susun atur dan elemen yang ditonjolkan dalam reka bentuk mencerminkan tugas utama yang dilaksanakan ICU JPM sebagai Agensi Pusat yang menggerakkan pembangunan negara melalui amalan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik.

Komponen kecemerlangan dalam reka bentuk logo ini diterjemahkan melalui gabungan karektor huruf I dan Umenggunakan bentuk huruf Arial Black dan strok atau tanda bagus dan betul yang mewakili huruf C sesuai dengan fungsi dan etika kerja yang diamalkan ICU JPM.

Pemilihan penggunaan warna pada logo adalah mengikut warna yang terdapat pada Jalur Gemilang.

Penerangan kepada reka bentuk logo:

I
:
(Implementation, Intellect, Integrity)
Melambangkan kewibawaan ICU JPM sebagai sebuah agensi pusat yang terkehadapan untuk memastikan pelaksanaan rancangan pembangunan negara berjaya.
C
:
(Coordination, Convergence, Continuously
Melambangkan tugas utama ICU JPM yang berterusan dalam menyelaras, memantau, menilai dasar dan pelaksanaan projek pembangunan negara sehingga berjaya mencapai matlamat.
U
:
(Unit, Unique, Understanding)
Melambangkan ICU JPM sebuah agensi pusat yang unggul dan unik dalam menjalankan tugas sebagai penggerak utama dalam perancangan pembangunan negara.

:
Sikap bekerjasama dan profesional warga ICU JPM dalam mewujudkan organisasi yang mengamalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik.
:
Sifat proaktif dan berani warga ICU JPM dalam menjayakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
:
ICU JPM sebagai agensi pusat yang unggul dan berwibawa untuk melaksanakan tugas diamanahkan mengikut lunas-lunas kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan kerajaan dan berteraskan falsafah yang dipegang ICU JPM.