Azimphoto: Bila Lelaki Turun Kedapur

.

Bila Lelaki Turun Kedapur

PETUA PETUA ORANG LAMA KHUSUS UNTUK ORANG LELAKI KE DAPUR
SUMBER: RESTORAN PAK AMIR


1.       AGAR2 CENDOL

Bahan2nya:
1 peket agar2 20gm
2 cawan cendol
3 senduk gula pasir
4 sb gula merah
1 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 cawan susu cair
3 cawan air
sehelai daun pandan

Cara Membuatnya:
1.   Agar2 dimasak dengan 3 cawan air hingga hancur.
2.   Masukkan gula putih biar hancur masukkan pula gula merah yang dibancuh dulu dengan sedikit air panas pastu tapis masuk dalam agar2.
3.   Masukkan daun pandan, gunakan api yang kecil bila agar2 dah mendidih, masukkan pula santan dan susu cair, didih sekejap tutupkan api.
4.   Masukkan cendol, kacau rata dan tuang dalam acuan, kalau masuk cendol semasa agar2 tengah mendidih nanti warna cendol jadi tak cantik.


2.       AGAR-AGAR TAIK MINYAK

1 pek agar-agar
½ cawan gula halus
½ pek gula batu
½ tin susu cair
1 kati gula merah
1 biji kelapa diambil santannya
4 biji telur ayam dipukul sehingga kembang
1 sudu teh esen vanila
2 helai daun pandan jika suka

Cara-caranya
1.   Masak agar-agar bersama gula batu, gula halus dan daun pandan.  Masak sehingga cair dan tapiskan. sementara itu..
2.   Masak gula merah sehingga cair dan ditapis lalu dicampurkan dengan susu cair, telur yang telah dipukul dan tak lupa juga santan.
3.   Campur agar-agar yang telah siap ditapis bersama dengan dengan canpuran yang kedua tadi
4.   Masak agar2 nie sehingga ia membentuk seperti taik minyak.  Tapi agar2 nie jangan dikacau sampai ia menjadie seperti taik minyak keseluruhannya.
5.   Lepas tu boleh lah dituang didalam bekas, tunggu ia sejuk dan boleh lah dimakan....


3.       AIR JAGUNG


1 tin creamer jagung
1 tin susu sejat
gula ikut rasa
garam secubit

1.   cara; campur kesemua bahan ke dalam jug atau mangkuk punch
2.   susu guna ½ tin saja, gula di bancuh dengan air baru di campurkan garam.  kacau dan taruh ais...
3.   kalau nak cun lagi taruh ice cream soda dalam se cawan.  kalau nak meriah, taruh pewarna kuning sikit.  Pandai-pandai lah nak menambah nak bagi penyeri...tapi yang basicnya...macam tu lah....


CENDUL PULUT KODIANG

Bahan A
1 cwn tepung beras
2 sudu tepung gandum
sedikit tepung jagung
air daun pandan
air kapur

Bahan B
Santan
Gula merah
Gula Pasir
Pulut yang telah dikukus/dimasak

cara membuatnya
1.   Bancuh tepung beras + gandum + jagung beserta air daun pandan dan sedikit air kapur makan. Agak-agak bancuhan tidak terlalu cair dan terlalu pekat.  Letak bancuhan tadi di atas api dan kacau sehingga nampak berkilat.  Kemudian lenyekkan ia dalam bekas berlubang-lubang yang ditadah di bawahnya bekas yang mengandungi air yang banyak.
2.   Masakan gula merah dan pasir yang dicampur air sehingga gula cair.
3.   Untuk hidangan campurkan cendul, pulut, santan kelapa (susu segar), air gula...


4.       BUBUR CACA

Utk isinya :
Tepung gandum
Air + sedikit kapur (utk mengentalkan adunan)

1.   Masukkan tepung, campurkan air dan air yg mengandungi kapur. Gaulkan sehingga sebati. Adunan jangan keras.  Macam buat cucur aje. Dan jgn lembek sangat nanti melekat2 .
2.   Sediakan bekas yg b'lubang macam utk buat cendul/sudukan aje sikit2 ke dalam adunan kuah di atas dapur.

Utk kuah :
3 cawan santan
gula melaka/gula kabung/nisan kerek
gula pasir (ikut kemanisannya)
secubit garam
daun pandan

Cara buat kuah :
1.   Masukkan santan, gula melaka, gula dan secubit garam dan daun pandan.
2.   Masakan hingga mendidih.  Sentiasa dikacau agar tidak naik kepala. 
3.   Sambil tu (jgn tutupkan api tapi biarkan api perlahan), masukkan adunan tepung yg dibancuh tadi dlm acuan cendul, titiskan ke dalam kuah yg tengah mendidih di atas dapur. Ikut suka sama ada nak titiskan besar2 atau kecil2. 
4.   Sentiasa dikacau agar adunan tepung tidak melekat2.  Masakkan sehingga isinya kelihatan masak dan kental.
5.   Tutup api dan sedia utk dihidangkan semasa b'buka puasa nanti.


5.       BUBUR PUTIH BUBUR MERAH

Bahan-bahan
5 pot beras pulut/ beras
Santan dari 1 biji kelapa.
1 gula Melaka/gula merah
1 senduk gula pasir atau secukup rasa.
sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara membuatnya :
1)   Masak beras pulut (lebih sedap digunakan dari beras biasa) dengan santan kelapa.
2)   Basuh daun pandan dan lipat sehingga tidak terbuka dan masukkan ke dalam beras pulut yang sedang di masak tadi.
3)   Masukkan garam dan tunggu sehingga masak. Kacau.
4)   Kemudian, ambil sebahagian kecil dari bubur ini untuk menjadi bubur putih.
5)   Yang selebihnya , masukkan gula melaka yang di potong-potong (untuk lebih sedap).
6)   Masukkan gula pasir dan kacau. Rasa dahulu mengikut cita rasa kita sekiranya kurang manis, masukkan lagi sedikit gula.
7)   Setelah itu, angkat.

* Untuk hidangan seorang, ambil bubur merah dan letakkan di dalam mangkuk.
Kemudian, ambil sesudu/2 sudu bubur putih di letakkan ditengahnya.  Boleh lah di makan.

6.       CUCUR MAGGIE - INDO STYLE

Bahan2:
1 bungkus maggie
4 cawan tepung gandum
1 batang carrot - dihiris panjang2
1 biji bawang besar dihiris2
taugeh                              ] ikut
daun bawang                     ] suka
daun kucai                 ] byk
daun sup                   ] mana
lada hitam/putih, ditumbuk  ] nak taruh
garam secukup rasa

p/s: nak campur ikan bilis/ udang/ sausage yang dipotong2 pun boleh.

Cara2:
1)   Maggie direndam lembut dan ditoskan.
2)   Campurkan semua bahan.
3)   Masukkan air dan gaul rata2 - agak2lah macam kita buat cucur kodok.
4)   Lepas tu, bolehlah goreng.  Minyak jangan lupa panaskan dulu....
5)   Dah masak boleh makan, cicah dengan sos cili atau sambal ikan bilis.

oooppppsss....sorry.
1)   campur sebiji telur untuk lembutkan adunan.
2)   maggie plak, memang kena gunting, kalau tak, alamat berjurai panjanglah.
3)   waktu nak goreng tak payah bulatkan.  selalunya goreng macam cucur udang.  Saiz gorengan tu tak kisahlah, nak besar - senduk nasi, nak kecil – pakai sudu.

7.       CUCUR MAGGIE KARI

Bahan-bahan:
1 bungkus maggie kari
1 cawan tepung gandum
10 ekor udang (lagie banyak lagie sedap)
1 sudu makan serbuk kari ayam/daging
garam secukup rasa
1 biji cabai masak dihiris nipis
1 biji bawang besar dipotong dadu

Cara buat:
1)   Maggie direndam lembut dan ditoskan.
2)   Campurkan semua bahan tepung gandum, udang, serbuk kari, garam, cabai masak dan bawang.  Kesemua bahan ini digaul rata, campur air sikit agak-agak macam buat cucur bawang dan sewaktu dengannya.
3)   Panas kan minyak goreng hingga kekuningan lepas tu angkat dan toskan. Sedap kalau cicah dengan sos cili.


8.       JEMPUT-JEMPUT ROTI MANIS

4 cawan tepung
4 keping roti
gula
sedikit garam
air

caranya:
1)   rendamkan roti sampai lembut.
2)   masukkan tepung dan gaul hingga rata.
3)   air yang digunakan tu, agak2lah supaya tidak terlalu lembut dan tidak juga terlalu kurang.
4)   masukkan juga gula (gula ni pun, agak2 jugalah supaya tak terlalu manis).
5)   Jangan lupa taruh sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa adunan - kalau tidak, rasanya manis aje, tapi kalau tambah garam sikit - umphhh...baru sedap rasanya.

hint:-
roti yang digunakan tidak boleh terlalu banyak kerana selepas digoreng, ia akan menyimpan banyak minyak di dalam jemput2. (tapi kalau suka - boleh juga taruh roti byk2.)


Bahan-bahannya
1 bungkus roti (semua roti pun boleh)
5 biji telor
½ kilo udang hidup yang kecil
3 biji bawang besar - hiris/potong dadu
5 batang lada merah - hiris/potong dadu
5 biji lada hijau - hiris / potong dadu
30sen daun sup / bawang - hiris
2 sudu besar tepung naik sendiri
garam / ajinomoto

Cara-caranya
Roti di rendam hingga kembang dan di toskan airnya dan campurkan semua bahan-bahan hingga sebati dan goreng.

9.       KUIH CUCUR UDANG

Bahan-bahan utk adunan tepung
300gm tepung gandum
1 biji bawang besar
100 gm isi udang
1 biji telur ayam
Daun kucai dihiris halus
sedikit garam dan serbuk perasa
½ camca teh soda bikarbonat
Air secukupnya
Pewarna kuning jika suka.
Bahan-bahan hiasan
Sedikit taugeh
Sedikit cili merah dipotong-potong
Udang basah secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Senduk
Cara Menyediakannya
1)   Satukan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.  Agak-agak pekatnya jatuh bertitis.
2)   Panaskan minyak yang penuh dan kuali dan rendamkan senduk ke dalamnya.  Agak-agak senduk dah panas, keluarkan dan taruk sedikit taugeh dan dengan menggunakan senduk lain, cedukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam senduk yang berisi taugeh tadi.
3)   Hiaskan dengan udang dan cili merah, kemudian masukkan ke dalam minyak panas. 
4)   Bila adunan telah lekang dari senduk, ulangi proses yang sama sehingga habis.  Teruskan menggoreng hingga kuning.  Hidangkan dengan sos cili.

Sos cili
10 biji cili kering, buang biji dan kisar
2 biji bawang putih, dikisar
1 cawan air asam jawa pekat
1 cawan gula merah @ manisan
½ cawan gula pasir
Sedikit garam
Sedikit bijan goreng ditumbuk sedikit.

Cara Menyediakannya
1)   Satukan cili kisar, bawang putih, air asam jawa, gula merah, gula pasir dan garam. 
2)   Masak hingga mendidih dan pekat.  Bila telah sejuk, taburkan bijan goreng.  Hidangkan.

10.   APAM SIAM

3 bj telur
1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda)
3 cawan tepung gandum
1½ cawan gula
Pewarna (ikut suka)

Cara membuatnya:-
1)   Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2)   Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata.
3)   Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4)   Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit.
·        Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi.
·        Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik.  Jika tersilap sedikit ia akan batat.  Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil.
·        Ha...pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi.
·        Sesetengah orang jika rajin, mereka akan asingkan bancuhan pada 3 warna. Misalnya, warna kuning, hijau dan merah.  Masukkan warna selangseli di dalam tengah talam. warna kedua pula dimasukkan ditengah warna pertama tadi dan seterusnya. so, ia akan berselang seli..


11.   TEPUNG PELITA

Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah
2 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 4-5 cawan

Bahan B  : disatukan - lapisan atas
Santan pekat 1 biji kelapa
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara Membuatnya
1.   Didihkan air untuk mengukus.  Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang.  Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul.  Kukus sehingga masak. 
2.   Kemudian masukkan bahan B hingga penuh bakul.
3.   Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak.  Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi.  Kalau tak melekat, masaklah tu..


12.   COCONUT BLOSSOM

Bahan-bahan
3 biji telur
10 ½ oz tepung gandum
8 oz gula
6oz santan atau Ideal Milk
1 sudu besar Ovalette
1 sudu teh pandan paste

Cara-cara
1.   Campurkan kesemua adunan dan pukul menggunakan mesin pemutar sehingga menjadi dua kali ganda adunannya. 
2.   Kemudian letakkan didalam paper cup yang sederhana besar dan kukuslah selama 10 minit sehingga merekah dan masak.


13.   KUIH KACAU KELEDEK

Bahan-bahan
1 kg keledek, direbus dgn secubit garam hingga empuk dan dilecek
1 biji kelapa, ambil santan secukup kegunaan
2 biji telur ayam, dipukul
2-3 helai daun pandan, disimpulkan
gula pasir/gula merah ikut manis yang dikehendaki
sedikit minyak masak

Cara Membuatnya
1.   Satukan santan, telur, daun pandan dan gula.  Masak hingga mendidih.
2.   Kemudian masukkan keledek yang dilecek tadi dan terus dikacau hingga pekat dan keluar minyak.  Pastikan air gulanya telah betul-betul kering agar kuih kacau tidak cepat basi.
3.   Lenser sedikit minyak dalam loyang dan tuangkan adunan yang masih panas.  Tekan-tekan hingga mampat.

4.   Sejukkan sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment