Azimphoto: Intisari budaya korporat

.

Intisari budaya korporat

Pengertian budaya korporat

Sebagaimana disebutkan tadi, budaya boleh didefinasikan sebagai cara  hidup manakala korporat boleh dimaksudkan sebagai organisasi. Oleh yang demikian budaya korporat alam perkerjaan adalah ‘cara hidup’ anggota  semasa menjalankan tugas . Cara hidup adalah sifat dan kelakuan yang ditonjol atau diperlihatkan kepada masyarakat terutamanya pesakit. Amalan-amalan ini mestilah selaras dengan  objektif. Dalam lain perkataan, budaya korporat boleh didefinisikan sebagai “perlakuan suatu bentuk amalan yang berasaskan kepada nilai-nilai bersama dan komited terhadap objektif kementerian”. Bagi melahirkan komitmen terhadap objektif , setiap anggota mesti mengamalkan nilai-nilai bersama.

Nilai-nilai bersama

Di dalam kehidupan seharian, terdapat tiga nilai utama iaitu (i) perkhidmatan penyayang, (ii) kerja berpasukan, (iii) profesionalisme. Di dalam setiap nilai utama, terdapat banyak nilai-nilai yang lain iaitu :

Perkhidmatan Penyayang
·        Bersopan santun
(i)          Berbudi bahasa
(ii)         Bertimbangrasa
(iii)        Sedia membantu
·           Responsif
(i)          Proaktif
(ii)         Bertindak dengan pantas
(iii)        Ketepatan masa
·           Hormat-menghormati
(i)          Hormati privasi orang lain
(ii)         Hormati ‘rahsia’ orang lain
(iii)        Amalkan etiket sosial

Kerja Berpasukan
·        Bersatu menuju matlamat
·        Perasaan kekitaan
·        Kepimpinan
·        Saling mempercayai
·        Akauntabiliti
·        Pengetahuan dan kemahiran
·        Kreativiti / Inovasi
·        Kerjasama dalam pasukan dan kesepakatan

Profesionalisme
·        Komitmen
·        Disiplin
·        Cara yang terbaik
·        Etika kerja
·        Taraf kerja

Perkhidmatan Penyayang.

Perkhidmatan penyayang adalah perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dengan rasa kasih dan tulus ikhlas. Ini bermakna kita telah melayan pelanggan kita sebaik yang mungkin sehingga mereka berpuas hati. Perkhidmatan penyayang ini adalah berteraskan kepada tiga unsur iaitu bersopan santun, responsif dan hormat menghormati. Bagi setiap unsur ini terdapat unsur lain iaitu:

·        Bersopan santun
(i)          Berbudi bahasa
(ii)    Bertimbangrasa
(iii)    Sedia membantu

·          Responsif
(i)     Proaktif
(ii)    Bertindak dengan pantas
(iii)    Ketepatan masa

·          Hormat-menghormati
(i)     Hormati privasi orang lain
(ii)    Hormati ‘rahsia’ orang lain
(iii)    Amalkan etiket sosial

Berbudi bahasa

Berbudi bahasa boleh diertikan sebagai perlakuan atau amalan individu yang sentiasa kelihatan tenang, peramah dan mudah memberikan senyuman, memberi sepenuh perhatian atau tumpuan terhadap pelanggan dan menunjukkan kebijaksanaan dan ketegasan pada waktu dan tempat yang tertentu. Ini bermakna anda melayan pesakit dengan lemah lembut, mesra dan cermat.

Satu lagi amalan yang berkait dengan budi bahasa ialah memberikan sepenuh perhatian atau tumpuan terhadap pesakit. Ini bermakna anda sentiasa prihatin terhadap keadaan dan kehendak pesakit. Dengan cara anda memberi perhatian kepada pesakit, mereka akan merasa bahawa anda benar-benar mengambil berat terhadap diri mereka.

Perlakuan lain yang boleh dikaitkankan dengan berbudi bahasa ialah menunjukkan kebijaksanaan dan ketegasan pada waktu dan tempat yang tertentu. Ini bermakna anda bijak menggunakan budi bicara untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Semasa anda menjalankan tugas, sudah pasti anda akan berhadapan dengan situasi yang di luar jangkaan kita. Pada keadaan-keadaan beginilah anda perlu bertindak dengan bijaksana supaya apa yang anda lakukan tidak akan menyusahkan pesakit, malah mereka akan merasa senang dengan tindakan bijak dan cekap anda itu.

Berbudi bahasa ini bermula dengan senyuman. Senyuman yang hendak dipamerkan mestilah dengan ikhlas kerana senyuman yang dibuat-buat akan diketahui orang. Cuba anda lihat diri anda di hadapan cermin dan cuba paksa diri anda untuk memberi senyuman. Anda akan melihat hanya bibir anda sahaja yang tersenyum. Anda juga akan melihat tiada keceriaan pada mata dan muka anda kerana ia tidak turut serta dalam ekpressi senyuman yang tidak ikhlas. Jadi bagaimanakah kita boleh memberi senyuman yang ikhlas? Ini mudah saja, anda perlu melatihkan hati untuk menyukai seseorang itu. Anda perlu merelakan hati anda untuk menerima pesakit sebagai sahabat yang anda sukai. Dalam lain perkataan, anda suka kepada pesakit anda. Apabila anda suka kepada seseorang, senyuman anda akan menjadi ikhlas.

Senyuman merupakan interaksi yang pertama di antara anda dan pesakit. Jika interaksi yang pertama gagal yakni jika pesakit merasakan anda senyum dengan tidak ikhlas, maka ia akan tahu anda merasakan kehadirannya akan membebankan anda. Perhubungan seterusnya adalah secara paksa kerana pesakit itu juga akan berinteraksi dengan anda secara paksa. Sekiranya pesakit itu mempunyai pilihan, tentu mereka akan pergi ke hospital swasta. Walaubagaimanapun kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pilihan disebabkan sosioekonomi mereka yang rendah. Jadi penempatan mereka di wad-wad hospital kerajaan adalah seperti hidup di dalam penjara.

Walaubagaimanapun sekiranya anda memberi senyuman yang ikhlas, maka mereka akan merasakan ada juga insan yang bersimpati dengan mereka. Maka interaksi seterusnya adalah mudah. Apabila pesakit mula berkomunikasi, pasti anda memberi sepenuh tumpuan kepadanya. Apabila pesakit merasakan anda telah memberi sepenuh perhatian, maka dia akan meluahkan apa yang terpendam di hati. Oleh it sebahagian daripada bebanan yang mereka tanggung dapat dikurangkan. Bergantung kepada situasi, anda perlu mententeramkan pesakit menggunakan kebijaksanaan.

Bertimbangrasa

Bertimbangrasa adalah satu perlakuan yang menunjukkan bahawa seseorang itu prihatin terhadap keselesaan dan kesejahteraan orang lain. Orang yang bertimbangrasa selalunya tidak mendesak dan juga penyabar.

Bagaimana seseorang itu mengetahui samada ia mempunyai sifat bertimbangrasa atau tidak? Mudah saja, jika beliau seorang yang suka mengamalkan ‘double standard’, maka sudah pasti dia tidak mempunyai sifat bertimbangrasa. ‘Double standard’ di sini  bermaksud dia saja yang boleh tetapi orang lain tidak boleh. Sebagai contohnya hanya dia seorang saja yang boleh se keluar pejabat, staf yang lain tidak dibenarkan. Bagaimana pula seseorang itu boleh menanam sifat bertimbangrasa? Anda boleh memperolehi sifat ini jika anda selalu cuba memahami jiwa seseorang pesakit. Cuba anda bayangkan jika anda berada dalam situasi seorang pesakit. Banyak perkara yang mengganggu fikirannya seperti (i) kenapa aku dipilih untuk mengidap penyakit ini, (ii) apakah dosa yang telah aku buat sehingga terkena penyakit ini, (iii) penyakit ini tidak saja membebankan aku tetapi juga orang lain terutamanya keluargaku, (iv) penyakit ini telah membuat aku lama tidak bekerja dan putus mata pencarian, (v) mampukah aku untuk membayar bil hospital dan (vi) jika aku mati, siapa nak tanggung anak aku ke sekolah. Banyak lagi soalan yang menghantui kepalanya. Jika anda boleh menyelami hati seorang pesakit atau empati dengannya, maka mudahlah bagi anda untuk menjadi seorang yang bertimbangrasa.

Sedia membantu
       
Sedia membantu adalah kesediaan menghulurkan pertolongan kepada sesiapa, walau di mana tanpa diminta. Kesediaan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan penuh mesra.
       
Kebanyakan daripada kita membantu orang lain secara tidak ikhlas. Ini adalah kerana kita membantu secara terpaksa atau membantu dengan harapan untuk mendapat balasan. Usahlah kita khuatir, sesuatu yang baik itu akan juga dibalas suatu hari nanti. Hidup ini berputar sebagai satu kitaran, apa-apa yang kita buat baik sekarang, suatu hari nanti akan dibalas juga. Kalau tidak kepada kita, anak-anak kita yang akan mendapat balasannya. Apa yang akan merugikan kita, jika kita menolong orang lain? Adakah tenaga yang kita gunakan untuk orang lain itu dikatakan rugi ataupun adakah masa yang digunakan? Sama saja, sama ada anda tolong atau tidak, tenaga dan masa akan berlalu begitu saja. Ataupun anda takut duit anda akan digunakan semasa dalam proses membantu orang lain. Percayalah, kalau RM 1.00 dikeluarkan untuk membantu orang lain, RM 2.00 atau lebih akan kembali kepada anda. Ini adalah perkara yang sukar untuk diperjelaskan. Jika anda tidak percaya, cubalah sendiri membantu orang lain dengan ikhlas. Tabiat suka membantu ini patut anda amalkan setiap masa kerana anda tidak tahu bila dan di mana anda pula memerlukan pertolongan orang lain.

sumber:

No comments:

Post a Comment